NURHASIMAH BINTI MDZIN (227029)
fuhh, lama rasanya tak update blog aku ni. last masa 4 tahun dulu. lama kan? haha
sekarang aku belajar di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, KEDAH. nak dipendek kan cerita, aku kena buat tugasan individu bertajuk "PESTA BUKU DAN AKU". :)
Pesta buku ni berakhir pada 28/03/2015(sabtu). Ia diadakan di perkarangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM. bercerita mengenai pesta buku ni, confirm la banyak buku yang dijual disana. aku hadir ke pesta buku itu, pada hari terakhir iaitu 28/03/2015, selepas tamat kelas kokurikulum. pada waktu itu tidak ramai sangat pengujung. Mungkin waktu itu, pelajar UUM sedang seronok berada di bilik masing-masing. Almaklum la, cuti hujung minggu. Aku ambil kesempatan dipesta buku ini, dengan membeli beberapa buah buku. Aku beli buku ini untuk mengisi masa lapang yang ada nanti. Tak ada la nanti, masa aku membazir macam tu je kan. hihi. Aku beli buku ini dengan menggunakan "voucher buku" yang telah diberikan oleh kerajaan. jimat sikit duit belanja. :)
Seterusnya, aku nak bercerita tentang buku yang telah aku beli. tajuk buku yang aku beli ialah ASRAMA oleh Muhammad Fatrim, MANI WANITA KEBAYA KUNING oleh Syafie Mahyani, BABI Bercinta Dibalik Api oleh Azwar Kamaruzaman, SANTET oleh Saat Omar, PATUNG oleh Muhammad Fatrim dan LARI oleh Mim Jamil.
![]() |
| SIGN daripada penulis buku LARI & PATUNG |
seterusnya, buku yang telah aku baca ialah, MANI : Wanita Kebaya Kuning.
Ringkasan buku ini ialah:
Adik beradik yang mempunyai pekerjaan yang dihormati ramai iaitu kedua-dua nya bekerja sebagai doktor. Tetapi malang nya, mengamalkan mantera sihir kuno untuk menghidupkanroh yang telah mati kerana terlalu menyayangi seseorang sehingga tidak dapat menerima kematian orang yang disayang.
Pendapat
Kita kena menerima takdir yang ditentukan Tuhan, walaupun perit ujian yang diterima. Contohnya kematian orang yang sangat kita sayangi. Setiap sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya. :)
![]() |
| BARISAN PENULIS BUKU |
![]() |
| bersama penulis buku |


